Sunday, October 19, 2008

Melayu Pelupa, Pokok Pulpa usang...

Salam Sejahtera.
Apabila berbicara mengenai politik, pasti kita akan terus terbayangkan situasi semasa politik di Malaysia masa kini. Perpecahan dan penyatuan kaum sedang berlaku. Berombak berhempas pulas membela nasib diri. Siapa yang berpecah? Siapa yang bersatu? Kamu tahu?
Perjuang yang dahulu kita agung agungkan, menjadi rapuh dan merobohkan kemegahan. Sedangkan tidak kita terlihat ada yang merasa lenang akan perpecahan Melayu.
Siapa kita orang Melayu?
Bangsa yang kecil di mukabumi ini. Kalau menjerit meminta tolong, meronta ronta mcm orang Bosnia suatu ketika dulu, siapa nak pandang?
Orang akan pandang kita ke kalau kita ni pelupa?
Apakah punca dan kesan terhadap kita umat Muhammad SAW, yang masih berharap bangsa kita maju demi cucu cicit kita dan juga takut akan musibah atau malapetaka untuk keturunan Melayu.
Perjuangan... Belum... Selesai...
ya... Masih belum selesai...
Kalau kita ucap kata kata ini masa tahun 1997...
pastu...
pastu kita ucap balk pada tahun 2008...
pastu...
suatu hari nanti anak cucu cicit kita ucap pulak pada tahun 2020..
bila nak selesainya...?
sebenarnya ianya nak di ingat kan supaya melayu jangan mudah lupa!
Melayu... Mudah... Lupa...
Ingat tak siapa yang membawa kemerdekaan pada tanah melayu?
Mengapa Allah SWT dengan segala limpah kurnianya mengizinkan Tanah Melayu dapat kemerdekaan?
Ini semua adalah pekara asas. Tapi kita lupa...
Betulkan Melayu mudah lupa...?
Kamon lah weyh.. orang Keadilan pon orang Melayu, orang Parti Islam se-Malaysia pon orang melayu, orang UMNO pon orang melayu.
---------
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi nabi diantaramu, dan dijadikan-Nya kamu orang-orang merdeka, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun diantara umat-umat yang lain". (Al-Maa'idah(hidangan) 5:20)
baiklah, kita ambik pengajaran cerita kisah Nabi.
Kaum deorang berpecah belah.. datang seorang Nabi... Allah izinkan kemerdekaan untuk kaum Mereka.
mcm mana kalau kita berfikir diluar tong kosong kita yg bising ni.. datang seorang Reminder.. bagi peringatan.. tapi tak nak beringat...
Melayu... Mudah... Lupa...
Memanglah takde Nabi atau Rasul pada Zaman ini...
abes tu dari mana kita nak dapat petunjuk dan pedoman untuk kita...
nak pakai buku penulisan sapa? XYX? JKL? DEF? GHI? MNO? QRS? ABC?
Tulis punya tulis kena tangkap ISA.. kah kah kah kah kah
-----------------
Oh, Para Pejuang..
dimanakah kamu?
dapat kah kamu bantu kami?
kami melihat perpecahan!
aduh... aduh... aduh... sakit nya... (lagu rock kapak yang popular)
Perjuangan apa?
Apa yang diperjuangkan?
Adakah kamu mahu berjuang?
Wahai bangsa Melayu, jangan kamu berhenti merasakan Syukur.
Syukur pada yang Maha Menciptakan
Dia-lah yang menciptakan kebinasaan politik.
dan Dia-jugalah yang memberi manafaat politik.
Apakah kamu masih tidak sedar?
Tau Nak Senang...
Bukan Senang Nak Senang!
buat sampai jadi!
jangan tidak tidak!
nak ke tak nak!
jangan main main!
hendak seribu daya!
ANAK KECIL BERMAIN API
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zamanI
ndahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di persada dunia!!!
tiupkanlah semangat di dalam dada...
demi agama, bangsa dan tanah air..
Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan
kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan
dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah
walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka
kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. (Yaasin, 36:11)
Peringatan hanya berguna bagi orang yang takut kepada Allah
Sekian, ceramah free..

Monday, October 13, 2008

Life begin at 40


Life Begin at 40...

hye!

agak famous qoute di atas...
tapi kenapa mat salih buat ayat tu?
tahu tak nape?

ape yang aku rasa... alaaa dia orang kaum yahudi... pepandai je buat ayat untuk menukar minda orang zaman sekarang menjadi pening tak dapat nak mencari yang mana betul atau salah.

minda orang islam telah dijajah!

sebab apa? mari membuka minda!

selalunya, bila dengar qoutes "Life begin at 40" orang dah umur 40 tahun pasti rasa macam, fuhh... nie lah time nak enjoy.. yeeeha!

orang tua tertutup minda je fikir macam tue...

Kehidupan manusia memang bemula pada umur 40 tahun, apa yang di maksudkan ialah pada masa Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun beliau bingung dengan kehidupan pada masa itu. Betul tak?

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk (93:7)

Lalu apabila bingung Dia memberikan petunjuk kepada manusia. Pada masa itu, manusia hidup di zaman Jahiliyah. Maksud Jahil ialah bodoh. Zamam Kebodohan. Apa bila Rasullah pergi kedalam gua pada usia 40 tahun disitulah bermulalah kehidupan. Life!

Tapi popularkan qoute "Life begin at 40"? Ramai orang islam jahil akan fikir, umur 40 tahun dah boleh nak senang lenang. Duit dah banyak, rumah dah besar, kereta dah mewah. Semuanya disebabkan minda yang telah dijajah.

Cuba kita ambik pengajaran dari pada cerita itu untuk kita pada masa ini.

Kita boleh untuk memilih kehidupan sebelum umur 40 tahun. kehidupan yang sejahtera. Islam tu maksudnya sejahtera.

Tapi apa yang dapat dilihat dengan kaum kita pada masa kini? Mati! tak hidup! tak ada kehidupan!

Dengan politik orang melayu yang semakin hari semakin memakan melayu itu sendiri. Gulap Gulita!

Masalah ekonomi melayu lah... masalah akhlak melayu la.. masalah pemimpin la... Kiamat!

Apa akan jadi pada bangsa kita pada masa depan?

Akan hidup lagi ke bangsa melayu?

Golongan manakah yang mahukan kebangkitan?

Golongan manakah yang mahukan perubahan?

Adakah dengan merangka strategi bersatu dengan bangsa lain dapat merubah bangsa kepada kehidupan?

Adakah bangsa lain tahu akan rahsia rahsia kejayaan islam?

Bagaimana kalau mereka tahu rahsia kejayaan islam?

Orang melayu as known as orang islam sahaja yang tahu rahsia kejayaan serta kesejahteraan di bumi ini. Sebab itu adalah ajaran yang haqq. Apabila kta semua faham, maka tidak lain yang kita akan dapat ialah sejahtera.


Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan) (8:60)

Apa yang dapat diambil pengajaran dari ayat diatas? Bukankah al-Quran itu sebagai petunjuk, penjelasan dan al-Furqan(pembeza)? jadilah sebagai manusia yang berfikir, berakal dan ada minda perjuangan.

Nak berjuang dengan apa? Kuda? Orang sekarang pakai machinegun lah!!! tak pon pakai bom letupkan badan. Rasullah SAW tak pakai pon? Bezakan lah... wahai bangsa melayu... yang mana yang haqq dan bathil.

Anda orang islam tahu rahsia kejayaan islam?

Banyak memang banyak. Jika anda tak tahu anda sendiri telah merosakkan bangsa melayu.

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (54:17)

ambillah pengajaran iaitu ilmu, ada perbezaan antara ilmu dan pengetahuan. Ilmu datang dari kitab. Pengetahuan datang dari manusia. Ilmu kitab datang dari Tuhan. So, nak jadi power kena pakai ilmu mana?

mana nak belajar ilmu nie? Carik la dowh!


Wallahualam.

Monday, October 6, 2008

intro

hye!
as an introduction, i would like to express my appreciation to all my viewers.
let me write for my own good.
not to blame each others, complaining around and creates more problem.
its just only thoughts and ideas from me to share with you!
and sort of merapu merapu things about me... heh heh heh
the world is not complete without us!
see ya!
insyaAllah...